Zaira... (nama samaran)
Hadirmu bagai sinar
mentari pagi.
Menerangi lorong kelam
lagi sunyi yang selama ini ku lalui.
Melenyapkan kedukaan yang
bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi.
Terasa kini, bahagia ada
di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.
Pandanglah ke dalam
mataku....
selamilah jauh hingga ke
dasranya.
Pasti yang akan kau lihat
adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya
aku saja yang merasakannya? Zaira (nama samaran)... hatimu sebenarnya untuk
siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan
berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah
sekalipun kau melafazkannya?
Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku.
Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.
Sungguh kesucianku tak tercela, tapi.... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zaira... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?
Ah, lelaki... apakah semuanya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati teru terluka?
"zaira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku
Tidak ada komentar:
Posting Komentar